Jumat, 23 Maret 2018

Kerajaan negeri Selangor tidak serah tanah di Ijok

KUALA LUMPUR 23 Mac - Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong menegaskan kerajaan negeri tidak menyerahkan mana-mana tanah di Ijok kepada mana-mana pihak.
Azmin Ali
MENTERI BESAR Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
MShao Loong seperti dipetik laporan Malaysiakini berkata, persoalan yang dibangkitkan Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric See-To mengenai perkara itu adalah bersandar kepada anggapan salah yang telah dijelaskan dalam beberapa kenyataannya sebelum ini.
Katanya, kerajaan negeri tidak pernah menjual tanah dalam kes tersebut.
“Saya ulang, kerajaan negeri tidak menjual mana-mana tanah (di Ijok). Persoalan yang ditimbulkan daripada anggapan itu tidak berasas.
“Semua soalan berdasarkan kekeliruan mereka terhadap geografi kawasan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan bahawa terdapat pihak ketiga telah menerima RM262.7 juta daripada RM1.18 bilion urus niaga tanah di situ.
See-To mendakwa, jumlah itu hampir menyamai jumlah yang diberi kepada peneroka iaitu RM300 juta.
Shao Loong turut menjelaskan bahawa tanah di Ijok telah dipisahkan kepada dua bahagian iaitu Alam Perdana yang diambil semula oleh kerajaan negeri pada 2010 dan Alam Mutiara serta Alam Utama yang kekal sebagai tanah persendirian.
Beliau berkata, tanah yang terbabit dalam urus niaga RM1.8 bilion itu adalah tanah persendirian, bukan Alam Perdana. 

sumber : utusan.my

 
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==